Tanda 100 hari sebelum mati
ini adalah tanda pertama dari allah kpd hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinye.walau bagaimanapun semua orang islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sengaje.
contohnya : tanda ini berlaku lazimnya selepas waktu asar, seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan akan menggigil.tanda ini lazat bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akn kehadiran tanda ini. bagi mereka yg tidak diberi kesedaran atau mereka yg hanyut dgn kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian,tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat.bagi mereka yang sedar dgn kehadiran tanda ini maka adalah peluang terbaik untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yg akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati .
Tanda 40 hari sebelum mati
tanda ini akan berlaku sesudah waktu asar.bahagian pusat kita akan berdenyut denyut.pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yg diletakkan di atasa Arash Allah . maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita , antaranya ialah ia akan mula mengikut kita sepanjang masa . akan terjadi malaikat maut ini akan mula mengikuti kita sepanjang masa. akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika itu terjadi , mereka yang terpilih ini akan menjadi bingung seketika . adapun malaikat maut ini cuma satu tetapi kuasanya mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya .
Tanda 7 hari
adapun tanda ini hanya diberikan kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang yang sakit tidak makan secara tiba tiba berselera untuk mereka
Tanda 3 hari
pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara kanan atau kiri . jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang memandikan kita nanti . ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi . telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur ansur masuk ke dalam . telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan lahan jatuh ke hadapan dan sukar ditegakkan .
Tanda 1 hari
akan berlaku sesudah waktu asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah iaitu di kawasan ubun ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat unutuk memenui waktu asar keesokkan harinya .
Tanda akhir
akan berlaku keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum . ketika ini hendaklah kita terus mengucapkan kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang mematikan pula .
kepada sesiapa yang telah merasakan simtom simtom sebegini , bertaubatlah dan memperbanyakkanlah amal soleh agar dipermuhdakan rohnya ketika diambil nanti . ajal dan maut di tangan ALLAH . kita hanya mampu merancang . syeera hanya ingin berkongsi maklumat yang syeera tau :)