Pada suatu hari di sekolah , seorang murid bertanye kepada gurunya . Ketika itu , guru tersebut sedang mengajar tentang kasih sayang .
PELAJAR : Cikgu macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita
sayang ? Macam mane juga kasih sayang itu nak berkekalan
CIKGU : Okay kamu ikut apa yang saya suruh . kamu pergi ke padang . Kamu berjalan di
atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu . Pilih yang paling cantik tanpa
menoleh ke belakang lagi walau sekali . Dah petik rumput yang PALING cantik , bawa ke kelas.
Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas , tiada sehelai rumput pun di tangannya . Cikgu bertanya KENAPA TIADA RUMPUT YANG DIPILIH ?
PELAJAR : Tadi masa saya berjalan , saya carilah rumput yang paling cantik . Memang ada
banyak yang cantik , maka saye pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik
tanpa menoleh ke belakang . Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpe pun yang
paling cantik . Mungkin ada di antara yang di belakang saya tadi rumput yang paling cantik tapi
dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula , jadi tiadalah rumput yang saya boleh
Cikgu : Ya , itulah jawapannya . Maknanya apabila kita telah berjumpe dengan orang yang kita sayang ,
janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu . Kita patut hargai orang yang berada di
depan kita sebaik baiknya . Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah
berlaku . Semoga yang berlalu tidak berulang lagi . Dan ingatlah orang yang paling kita sayang
itulah yang paling cantik dan paling baik . Walaupun nak ikutkan banyak lagi ynag cantik dan
baik seperti rumput tadi . :)